Suspek Tembak Mati Isteri Ditahan Depan Pasaraya

Inspektor polis yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, ditahan polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang, malam ini.

Suspek berusia lewat 30-an itu ditahan kira-kira 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi memburunya.

Sumber berkata, polis turut merampas pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang hari ini, isterinya yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah, 33, mati ditembak suspek di rumah keluarga wanita itu di Kampung Kakai, Serian.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Proton Saga sejurus kejadian bersama pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

No comments