Suami Hadiah 'Baju Tidur Nelydia' Untuk Isteri

Perniagaan pakaian tidur Nelydia Senrose yang diperkenalkan sejak Mac lalu nampaknya semakin mendapat sambutan walaupun pada awalnya menerima pandangan skeptikal segelintir pihak.

Nelydia berkata, koleksi pakaiannya tidak hanya dibeli pelanggan wanita, malah golongan lelaki turut mendapatkannya untuk dihadiahkan kepada pasangan masing-masing.

"Agak mengejutkan apabila pelanggan lelaki terutama suami yang banyak membeli untuk dihadiahkan kepada pasangan mereka. Bagi saya, ia perkembangan baik kerana pastinya sebagai suami, mereka mahu isteri sentiasa tampil menawan.

"Tidak kurang yang mendapatkannya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. Mungkin sebelum ini, tidak ramai yang berani mencuba tetapi saya perlu mencari sesuatu yang baharu kerana persaingan dalam dunia perniagaan sengit," katanya.

Sebelum ini, artis seperti Raja Ema, Farah Asyikin dan Winnie K turut memperkenalkan rangkaian baju tidur serta pakaian dalam untuk mencari kelainan ketika melangkah ke dunia perniagaan.

Tambah Nelydia, sambutan positif yang diterima membakar semangatnya untuk terus mengukuhkan lagi jenama itu.

No comments