Status Terakhir Siti Nadirah Sebelum Mati Ditembak

Serian - "Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal," demikian status Facebook yang dimuat naik Siti Nadirah, 33, sebelum mati ditembak suaminya.

Status itu dipercayai dimuat naik beberapa bulan sebelum ditemui tidak bernyawa oleh ibunya di dalam bilik dengan kesan darah di kepala dan leher kiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang Ahad itu, Siti Nadirah yang sedang hamil dipercayai mati ditembak sebanyak dua kali di leher dan kepala oleh suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat Inspektor.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan berhampiran sebuah pasar raya di pinggir bandar raya ini, jam 9.35 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. Wanita Maut Ditembak Suami

2. Suspek Tembak Mati Isteri Ditahan Depan Pasaraya

No comments