Ini Sihir Angin, Lepas Ni Jangan Upload Foto Ke Media Sosial Sesuka Hati!

Kecoh di laman sosial sejak semalam tentang gambar baju wanita yang ditemui tergantung pada sebatang pokok di kawasan hutan.

Dijumpai oleh seorang lelaki sewaktu memasuki hutan untuk mencari burung pada baju yang ditemui itu turut tersemat sekeping gambar wanita.

Memberi tanggapan yang negatif apabila pada foto yang dijumpai itu juga terdapat beberapa batang jarum yang ditusukkan empat bahagian tubuh iaitu mata, dada, bahagian kemaluan dan juga dada.

Rata-rata netizen mengaitkannya dengan perbuatan kurafat iaitu sihir. Meskipun berdosa besar tapi realitinya masih ada yang berhati busuk melakukannya.


Atas sebab itu netizen membuat pelbagai andaian dengan jenis ilmu hitam yang dikenakan. Salah satu yang mendapat perhatian dari Putera Alimin Al-Chistiyyah yang mendakwa ia merupakan salah satu ciri sihir angin.

Mendapat perkongsian hampir 15k di Facebook beliau turut menasihatkan kaum wanita berhati-hati ketika memuat naik gambar di media sosial sebagai salah satu cara mengelak ilmu hitam.

Selagi baju ditiup angin, tuan punya badan rasa pening


Mungkin juga sekadar baju yang tertinggal oleh peserta perkhemahan tapi apa pun andaian yang dibuat, moga tuan punya badan selamat dan dihindarkan daripada perbuatan yang tidak elok.

No comments