Shaheizy Sam Belum Sedia Kongsi Nama, Wajah Anak

Dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei lepas, pelakon Shaheizy Sam memberitahu beliau masih belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya itu kepada umum meskipun ramai peminatnya tidak sabar untuk melihat anaknya itu.

Walaubagaimanapun, Sam memberikan sedikit rahsia bahawa nama anaknya itu tetap akan ada “Sam” seperti mana namanya.

Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu. Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan ‘Sam’ seperti mana nama saya.


Dalam pada itu, Sam memberitahu Syatilla kini berada di sebuah pusat berpantang bagi memastikan isteri dan anaknya dijaga baik.

Alhamdulillah tempat itu memang bagus kerana akan ada jururawat yang tolong menjaga isteri dan anak saya sepanjang tempoh berpantang. Apabila keluar bekerja tidaklah saya risau sangat kerana ada orang tengok-tengokkan mereka. Dia akan berada di sana sepanjang tempoh berpantang malah saya sendiri tinggal di pusat itu.

Pada masa yang sama, Sam juga meluahkan rasa syukur kerana rezeki anaknya dimurahkan Allah SWT. Anaknya menerima pelbagai hadiah sehinggakan ia sudah lebih daripada mencukupi buatnya. Sam dan Syatilla tidak membeli sebarang barangan bayi buat anak mereka.

No comments