Serangan Kampung Melayu: Anggota Tubuh Pengebom Berselerak

Selain penyerang, seorang anggota polis turut terbunuh dalam letupan bom di di Terminal Bas TranJakarta Kampung Melayu, Jakarta Timur, malam tadi.

Menurut Detik.com, anggota polis itu dikenali sebagai Brigadir Taufan.

Ketua Polis daerah itu, Syafruddin, berkata empat lagi anggota polis cedera dalam kejadian itu.

Menurut tribunnews.com, penyerang dipercayai meletupkan dirinya dalam serangan itu kerana saksi melihat anggota tubuh manusia berselerak di tempat kejadian.

Saksi menyatakan melihat bahagian dada hingga kepala dengan perut terburai dan berdasarkan muka itu, penyerang dipercayai lelaki.

Selain itu, turut kelihatan tangan dan kaki yang putus dalam kejadian dua letupan yang berlaku kira-kira 9 malam waktu tempatan dan turut menyebabkan seorang lagi maut.

No comments