'Saya Impikan Lelaki Layan Saya Bak Puteri Raja' - Izreen Azminda

Ramai akui pelakon Izreen Azminda tampak agak tegas, riuh dan kasar dari segi luarannya. Malah, kerana sikapnya yang terlalu serius membuatkan lelaki diluar sana agak takut untuk menjalinkan hubungan dengan beliau.

Namun, menurut Izreen beliau seorang yang agak romantis dan sebenarnya suka dimanjakan ibarat seorang puteri.

Benar, secara zahirnya kasar itu memang diri saya namun kalau didekati secara peribadi, anda akan kenal, Izreen Azminda sebenarnya mempunyai perawakan yang romantik, suka dimanja dan kalau boleh sentiasa mahu dilayan seperti seorang princess.

Berbicara adakah beliau tidak ingin bergelar isteri lagi, Izreen memberitahu buat masa ini beliau tidak terlalu memikirkan soal kahwin kerana sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaannya.

Izreen juga mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.

No comments