Remaja Diperkosa Bapa Angkat Sejak Berusia 9 Tahun

Remaja perempuan berusia 14 tahun berjalan sejauh lima kilometer dari rumahnya di Sungai Rambai, Jasin ke Balai Polis Merlimau, 8 malam semalam, untuk buat laporan dia diperkosa bapa angkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mangsa mendakwa bapa angkat berusia 45 tahun memperkosanya dua kali dalam kejadian 4.50 pagi semalam.

“Susulan laporan, kami ke rumah keluarga angkat mangsa dan menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Mangsa juga dibawa ke Hopital Melaka untuk pemeriksaan dan hasilnya pegawai perubatan menemui kesan koyakan lama pada kemaluannya," katanya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa bapa angkat mula memperkosanya sejak berusia sembilan tahun dan perbuatan itu dilakukan ketika ibu angkatnya yang juga seorang penjawat awam menghadiri kursus.

Kamaluddin berkata, pihaknya juga sudah mendapat kebenaran tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

No comments