Rahim Pecah, Ibu Muda Meninggal Dunia

Buat ibu yang baru melahirkan terutama yang bersalin secara pembedahan atau caesarean mungkin boleh menjadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Kejadian dilaporkan berlaku kepada seorang wanita berusia 23 tahun di China yang dikategorikan sebagai wanita yang sangat sukar untuk hamil. Namun setelah sekian lama berusaha, akhirnya dia berjaya hamil.

Dia melalui kehamilan seperti biasa dan turut mengalami alahan loya dan muntah. Namun perkara ini tidak menjejaskan kehamilannya.

Zhang kemudian selamat melahirkan anak namun melalui kaedah pembedahan. Pun begitu bayi yang dilahirkan sihat begitu juga si ibu selamat.

Demi kesihatan bayi juga dia memilih menyusukan bayi. Sangkaannya penyusuan ini juga akan dapat mengelakkan kehamilan namun rupanya tidak.

Tidak lama selepas itu, Zhang berasa mual dan selepas diperiksa dia disahkan hamil lagi. Walau anak masih kecil, keluarga memang tersangat gembira dengan berita ini namun tidak pada doktor.

Zhang diminta mempertimbangkan menggugurkan kandungannyakerana ia membahayakan dirinya sebagai ibu.

Akan tetapi keluarganya berkeras hati. Dia kemudian mengambil keputusan untuk tidak mengugurkan kandungannya.

Setelah hamil 4 bulan, semasa sedang minum air Zhang tersedak lalu terbatuk kuat. Tapi siapa sangka kejadian itu mengakibatkan rahimnya pecah dan mengalami pendarahan.

Zhang terus dibawa ke hospital, namun di tengah perjalanan, Zhang sudah tidak bernafas lagi, akhirnya keluarga Zhang kehilangan dua nyawa ibu dan anak sekaligus.


Kenapa Perlu Jarakkan Kehamilan?

Ramai ibu menganggap jika menyusukan anak selepas bersalin, mereka tidak akan hamil. Disebabkan itu ada di antara ibu-ibu ini yang tidak menjaga hubungan intim semasa dalam tempoh berpantang dan menyebabkan mereka hamil lagi.

Ini merupakan anggapan yang salah kerana selepas melahirkan anak proses penyembuhan rahim mengambil masa 3 bulan malah bagi sesetengah orang lebih lama daripada itu terutamanya yang melahirkan anak melalui proses pembedahan atau caesarean.

Ini yang dialami oleh Zhang yang baru melahirkan anak secara pembedahan. Ibu memang tidak disarankan untuk terus hamil kerana sangatlah berbahaya buat dirinya.

Info

Ketika pembedahan Casserean dijalankan banyak otot pada abdomen dan saluran darah yang terpaksa di potong untuk memberi ruang agar bayi dapat dikeluarkan.

Dalam pembedahan itu doktor akan memotong kulit kemudian otot pada abdomen dan akhir sekali otot rahim bagi mengeluarkan bayi.

Oleh kerana ia melibatkan kecederaan pada otot-otot besar, proses penyembuhan sudah tentu mengambil masa yang agak lama bergantung kepada individu.

Penyembuhan otot-otot ini sebanyak 50 peratus akan berlaku selepas tiga bulan dan otot memcapaio kekuatan sebanyak 80 peratus apabila mencapai setahun.(www.drzubaidi.com)

No comments