Petua 'Ajaib' Menghilangkan Batuk Berpanjangan Dalam Masa Sehari

Pernah tak anda mengalami batuk dalam tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan?. Memang menyeksakan bukan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.

Walaupun dah cuba pelbagau ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.

Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.

Kalau rawatan kena atau serasi tak mustahil batuk yang berpanjangan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.

Tip mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu

Bahan-bahan:


3 - 4 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus.

1 cawan madu

Langkah membuat:


- Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.

- Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.

Cara pengambilan

Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam

Manfaat bawang putih untuk batuk

- Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

- Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.



Sumber: Azliza Talib

No comments