Pesta Seks Gay: Rakyat Malaysia Antara Ditahan

Jakarta Utara - Rakyat Malaysia dilaporkan antara yang ditahan dalam pesta gay di Kelapa Gading, di sini semalam.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, pihaknya menahan 141 orang dari pelbagai negara atas dakwaan melanggar undang-undang pornografi Indonesia.

Katanya, mereka yang ditahan adalah gay daripada jaringan antarabangsa, lapor suratkabar.id

Setakat ini, 10 suspek termasuk pemilik kelab dan beberapa kakitangan, sudah didakwa manakala yang lain sedang disoal siasat.

Indonesia mempunyai undang-undang anti-pornografi yang ketat dengan pesalah boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

Hukuman maksimum bagi memuat turun bahan lucah pula adalah empat tahun penjara atau denda 2 bilion rupiah (RM647,573).

Serbuan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap tindak balas negatif komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Tansgender (LGBT) di negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. Polis Serbu Pesta Seks, 144 Lelaki Gay Ditahan

No comments