Pertandingan 'Termenung' Di Korea Selatan Untuk Kurangkan Tekanan

Selalunya bila tengah ada masalah, pasti kita akan termenung dan mengelamun memikirkan perkara tersebut. Atau pun kita akan mengelamun memikirkan sesuatu yang indah.

Namun, menariknya di Korea Selatan, mengelamun dijadikan sebagai pertandingan. Peserta yang mengelamun dan termenung paling lama, akan memenangi hadiah.


Memetik laporan Koreaboo, pertandingan ini sudah dilakukan sejak tahun 2014 dan diadakan setahun sekali.

Perdingan “Space Out Challenge” ini mencabar peserta untuk berkhayal tanpa melakukan sebarang aktiviti.


Peserta diberi masa selama 90 minit untuk mengelamun. Kriteria pemenang ialah mereka perlu mempunyai degupan jantung paling tenang dan akan diperiksa setiap 15 minit sekali. Selain itu, peserta juga dilarang tidur atau ketawa sepanjang pertandingan.

Menurut peserta, pertandingan tersebut banyak manfaatnya. Ia dapat menghilangkan tekanan.

No comments