Pengumuman Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2017

Pengumuman pengisytiharan rasmi tarikh mula puasa 2017 di Malaysia. Tarikh pemulaan puasa 1 Ramadhan 1438 Hijrah akan diumumkan pada malam Jumaat 26 Mei 2017 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Seperti sedia maklum, tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada petang Jumaat 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438H. Nantikan pengumuman tarikh mula puasa menerusi radio dan televisyen pada malam ini Jumaat 26 Mei 2017 menerusi TV1 selepas jam 8.30 malam.

Pengumuman Rasmi Tarikh Mula Puasa 2017 Di Malaysia (Rasmi)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan tarikh mula puasa bagi tahun 2017 jatuh pada Sabtu 27 Mei 2017. Siaran langsung pengumuman puasa itu telah disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas pada jam 8.00 malam tadi.

Tarikh Mula Puasa 2017: Sabtu, 27 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadhan 1438 Hijrah

Pengisytiharan puasa jatuh pada 27 Mei 2017 Sabtu. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia.

Video Pengumuman Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2017

No comments