Pelampung 'Punggung' Kim Kardashian Akan Dijual Pada Jun

Peminat Kim Kardashian yang minat sangat dengan aset yang dimilikinya, kini boleh memilikinya iaitu pelampung berbentuk punggung selebriti terbabit.

Ia merupakan produk terbaru Kim, yang menggunakan popularitinya untuk meraih keuntungan.

Pelampung itu dijual pada harga RM420 itu akan berada di pasaran mulai bulan depan.


Walaupun produk berkenaan masih belum dijual namun netizen sudah memperkatakan mengenainya. Ramai yang memuji kebijaksanaan Kim menggunakan aset yang dimilikinya untuk menjalankan perniagaan.

Namun tidak kurang pula yang menyampah dengannya kerana menjual pelampung berbentuk punggungnya itu pada harga yang mahal, iaitu sesuatu yang dianggap tidak berbaloi untuk dibeli.

No comments