Kajian: Rakyat Malaysia Masih Mahu Najib Razak Sebagai PM

Datuk Seri Najib Razak masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya akan datang.

Menurut kaji selidik, 31 peratus rakyat Malaysia masih mahu Najib Razak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Manakala, pesaing politik yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menerima 8 peratus sokongan rakyat berdasarkan kaji selidik yang melibatkan 17,962 pengundi.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Invoke Centre for Policy Initiatives, 5,568 responden memilih Presiden Barisan Nasional daripada 10 nama yang diberikan untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

Data juga menunjukkan, Anwar antara paling popular dari kalangan 9 nama tersebut, dimana 1,462 pengundi mahukan beliau menjadi Perdana Menteri.

Nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat undian sebanyak (6.1 peratus), diikuti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad (5.7 peratus), Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin (4.4 peratus), Naib Presiden PKR Razifi Ramli (3.7 peratus), Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz (3.7 peratus), Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah (1.6 peratus), Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin (1.2 peratus) dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (0.9 peratus).

Daripada 17,962 responden di seluruh negara, menerusi temubual melalui panggilan telefon secara rawak yang ditentukan oleh sistem komputer, kira-kira 34 peratus atau 6,172 tidak menjawab mengenai siapa yang mereka inginkan untuk menjadi Perdana Menteri.

Sumber: The Malay Mail Online

No comments