'Mommy, Kat Mana Tuhan? Atas Atap Ke?'

Ning Baizura merupakan seorang penyanyi yang sangat popular sejak dari tahun 90-an lagi. Melihat kepada kejayaan dunia yang dikecapi, pasti ramai yang fikir Ning mahu turut melibatkan anak-anaknya ke dalam dunia muzik sama seperti dirinya.

Namun begitu, sangkaan itu kurang tepat. Bagi Ning, bila menyentuh soal anak, hal paling utama yang mahu di berikan kepada mereka adalah ilmu agama.

Kata Ning, dia sedar siapa dirinya, dan dia tahu pelbagai hal perlu di lakukan untuk membaiki diri. Dia mahu anak-anak mendapat pendidikan yang dia tidak dapat sejak dari kecil iaitu asuhan yang cukup berkaitan dengan agama.

Sebab itulah di rumah, Ning dan suami akan menerima kedatangan seorang ustaz pada setiap Sabtu dan Ahad untuk membimbing dia, suami dan anak-anak tentang agama.


Netizen sangat mengagumi Ning dan suami dalam mendidik anak-anak tentang ilmu agama dan ia terserlah dari anak mereka yang sulung iaitu Ryan.

Walaupun masih kecil, Ryan sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap agama Islam.

Dalam satu video yang di kongsikan Ning di instagram, Ryan dilihat sudah lancar membaca Al-Fatihah, semua bacaan dalam solat dan dia juga telah menghafal beberapa surah yang lain.

Balas Ning, Ryan pernah bertanya pada dirinya “Mommy,Where is God”.

Ning berkata dia terkedu dengan soalan itu namun sebagai ibu dia cuba untuk memberikan jawapan agar dapat memuaskan hati anaknya. Dia hanya menunjukkan jarinya di atas dan anaknya bertanya lagi.

“Atas atap ke?”.

Kata Ning dia hanya membalas “No, he is bigger than universe”.

Ryan pula berkata “Oh ,He is a spaceman hahaha”.

Ning sekali lagi terkedu dan menjawab “No,He is not a spaceman, Ryan”.

Bertitik tolakkan dari situ, Ning sedar yang dia perlu lebih mendalami ilmu agama. Dia juga tidak menolak jika satu hari nanti Ryan berminat untuk menjadi seorang ustaz atau pendakwah apabila besar kelak.

No comments