(5 Gambar & Video) Bilik Dalam Pasar Raya Aeon Big Mid Valley Terbakar

Kuala Lumpur - Sebuah bilik dalam pasar raya Aeon Big di pusat beli-belah Mid Valley Megamall terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian mendapati sebuah bilik yang berada di tingkat tiga, pasar raya Aeon Big sedang terbakar dan isyarat loceng kecemasan telah pun dibunyikan.


“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Khirudin, unit forensik telah pun dikerahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian.


No comments