(Video) Lelaki Menang Perlumbaan Marathon 23KM Dengan Berstokin

Ibrahim Mukunga Wachira, 27, menjadi sensasi internet apabila berjaya memenangi satu perlumbaan marathon berjarak 23 kilometer apabila menyelesaikan pertandingan itu dengan hanya berstokin.

Bukan itu sahaja, lelaki dari Kenya itu turut membuat rekod baharu apabila merekodkan masa terpantas dalam pertandingan tersebut.

Menurut laporan, Ibrahim pada mulanya tidak bercadang pun untuk memasuki acara marathon tersebut dengan berstokin sahaja.

Kata OddityCentral, Ibrahim memberikan kasutnya kepada seseorang untuk disimpan namun ketika wisel dibunyikan, dia tidak sempat mengambil kasut tersebut.

Malah, Ibrahim turut meminta bantuan dari pihak penganjur untuk mencari penyimpan kasut terbabit, namun gagal.

Disebabkan itu, Ibrahim hanya mempunyai dua pilihan - satu dengan mengundur diri dari marathon terbabit, kedua berlari menggunakan stokinnya sahaja.

Tidak mahu mengaku kalah, Ibrahim mengambil pilihan kedua.

"Ia sangat sukar pada awalnya," kata Ibrahim kepada portal Delfi.

"Terutamanya ketika di atas jalan raya, tapi ketika di atas tanah, ianya lebih senang untuk berlari dan lama-lama saya sudah terbiasa."


Pada kilometer ke-11, Ibrahim sudah pun mendahului perlumbaan terbabit dan akhirnya menang dengan perbezaan masa empat minit dengan naib juara.

Masa rasmi Ibrahim adalah 1 jam, 13 minit dan 23 saat yang juga merupakan masa terpantas untuk acara Tartu Half-Marathon itu.

Saat kemenangan Ibrahim juga turut dirakam dan dijadikan inspirasi kepada netizen.

No comments