Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Tepi Tong Sampah

Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di Pantai Bayu Senja, Batu Ferringhi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mayat mangsa ditemui anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang bertugas di kawasan pantai itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain di dalam kotak yang diletak berdekatan tong sampah di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang kecederaan di bahagian badan bayi berkenaan dan mayat masih bertali pusat.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes bagi mengesan ibu bayi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

No comments