Mangsa Pertama Serangan Ransomware WannaCry Di Malaysia

Kuala Lumpur - Sebuah institusi pendidikan menjadi sasaran pertama perisian yang merosakkan ransomware dikenali sebagai 'WannaCry.'

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia tidak menamakan institusi itu atas sebab keselamatan, lapor Berita Harian.

Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata agensi itu percaya lebih banyak kes berlaku tetapi tidak dilapor.

"Kami harap semua organisasi (pentadbir sistem) berwaspada dan meneruskan tindakan yang perlu untuk melindungi dan menjamin infrastruktur rangkaian daripada terjejas," katanya.

Beliau menggesa pentadbir sistem meningkatkan keselamatan sistem dan mengingatkan pengguna supaya tidak klik pautan dalam e-mel dan fail mencurigakan.

Katanya, CyberSecurity memantau dan menyediakan bantuan teknikal kepada organisasi terbabit dan pengguna individu bagi pemulihan dan pencegahan.

Laporan boleh dibuat melalui e-mel cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my; talian bebas tol 1-300-88-2999, faksimili 03-89453442, talian 019-2665850 (24 jam) atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di aduan Cyber999 laporan e-mel ke 15888.

No comments