Mangsa Dedah Rakan Turut Diperkosa Perompak

Klang - Susulan rakaman video kes samun dan rogol di sebuah pusat judi haram, mangsa yang merupakan seorang warga Indonesia memberitahu rakannya juga turut diperkosa perompak dalam kejadian yang berlaku pada 26 April lalu.

Dalam pada itu, satu laporan polis mengenai kisah sebenar yang berlaku ketika kejadian turut viral di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang Pusat Judi Diperkosa & Dipaksa Seks Oral

Menurut laporan polis itu, kejadian sebenarnya berlaku di Taman Sentosa, di sini bukannya di Puchong Kinrara seperti yang telah diviralkan sebelum ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bekerja di premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki semasa ketiadaan pelanggan.

Menurut mangsa, salah seorang daripada dua lelaki berkenaan telah mengikat dua rakan sekerjanya dengan menggunakan wayar komputer dan suspek juga turut merampas wang tunai berjumlah RM400 milik mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam tandas.

Ketika di dalam tandas, salah seorang suspek telah menarik baju mangsa sebelum menghisap buah dada mangsa. Mangsa meronta kerana diperlakukan sebegitu, namun suspek bertindak menarik rambut mangsa lalu menolak mengsa ke dinding dengan kuat. Suspek juga dikatakan telah memaksa mangsa menghisap zakarnya tanpa kerelaan.

Menurut mangsa lagi, seorang lagi rakannya yang tidak didedahkan identitinya turut dirogol oleh seorang lagi suspek.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan terdapat kesan luka melecet di bahagian alat sulit mangsa dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan lain.

Kedua-dua suspek yang dipercayai telah ditahan polis.
Menurut sumber, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek setelah mendapat laporan dan siasatan dilakukan berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

No comments