Letupan Bom Gegarkan Konsert Ariana Grande Di Manchester

Letupan kuat kedengaran ketika penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande, mengadakan konsert di Manchester Arena, sebentar tadi.

Pihak polis turut mengesahkan berlaku beberapa kematian akibat insiden berkenaan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran.





Polis British mengesahkan sudah memberi maklum balas terhadap laporan itu dan mengarahkan orang ramai menjauhi kawasan berkenaan.

"Polis bertindak balas terhadap laporan insiden di Manchester Arena.

Sila jauhkan diri daripada kawasan itu," kata polis Greater Manchester menerusi Twitter. Britain diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk kali kedua kemungkinan berlaku serangan militan.

No comments