Lelaki 'Trauma' Diperkosa Tiga Wanita Selama Tiga Hari Berturut-Turut

Seorang lelaki warga Afrika Selatan trauma selepas diperkosa dan diberi dadah beberapa kali dalam masa tiga hari oleh tiga wanita.

Episod ngeri lelaki berusia 23 tahun itu bermula apabila dia menaiki sebuah teksi di timur Pretoria pada Jumaat - yang turut membawa tiga orang wanita muda di dalamnya.

Teksi berkenaan mula mengubah arah apabila lelaki terbabit diarahkan untuk duduk di bahagian hadapan.

Lelaki itu kemudiannya dicucuk dengan satu bahan yang tidak diketahui sebelum pengsan, lapor TimesLive.

Polis Afrika Selatan, Colette Weilbach berkata: "Dia berkata bahawa dia tersedar dalam sebuah bilik yang mempunyai satu katil berseorangan.

"Suspek wanita dikatakan telah memaksanya meminum air tenaga sebelum bergilir-gilir memperkosa lelaki berkenaan beberapa kali sehari.

"Polis Afrika Selatan mengambil serius semua kes kesalahan seksual tidak mengira jantina.

"Kami ingin memastikan semua mangsa jenayah jenis ini bahawa kami akan membuat penyiasatan secara menyeluruh untuk membawa pesalah ke muka pengadilan."

Selepas tiga hari, mangsa dibuang dalam keadaan separa bogel, yang mana dia berjaya menahan sebuah kereta yang lalu-lalang.

No comments