(Video) 'Jual Barang Ciplak, Saya Untung RM150,000 Sebulan' - Kingafiqq

Selepas hampir dua minggu mendiamkan diri, Ameerul Afiq Abdul Hadi atau Kingafiqq akhirnya muncul bagi memberikan penjelasan berhubung penahanan beliau oleh pihak KPDNKK baru-baru ini serta menjawab beberapa isu mengenai kekayaannya yang viral di media sosial.

Menerusi video temubual bersama portal Mstar itu, Afiq telah mengesahkan identiti 'jutawan ciplak' yang dimaksudkan oleh laporan akhbar tempoh hari adalah diri beliau sendiri.

"Yang sebenarnya, kes tersebut telah dikenakan bulan lepas tapi diviralkan semula awal bulan ini. Kalau ditanya benar atau tidak itu perniagaan saya, jawapannya benar itu perniagaan saya," ujarnya.

Afiq memberitahu, dia tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa dilepas ditahan walaupun nama dan perniagaan yang diusahakannya sedikit terjejas.

"Ramai yang cakap sebelum ini saya dah jatuh tetapi yang sebenarya tiada apa yang berlaku kerana selain menjual barangan ciplak, saya juga ada buat kelas motivasi, program affiliate dan turut terlibat dalam dunia peragaan. Cuma emosi dan mental saya sedikit terganggu," ujarnya.



Ditanya mengenai pendapatan yang diperolehi, Afiq memberitahu dia mampu menjana pendapatan ratusan ribu ringgit hasil menjual barangan tiruan.

"Kalau dulu waktu perniagaan tengah stabil, saya boleh dapat pendapatan bersih antara RM100,000 hingga RM150,000 dalam masa sebulan," katanya.

Afiq turut memberitahu, dia menjual barangan tiruan kerana ianya mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai walaupun hakikatnya dia tahu perniagaan sebegitu salah di sisi undang-undang.

Dia turut menafikan mengambil keuntungan berlebihan sehingga beberapa kali ganda berbanding harga asal.

Dalam temubual itu, Afiq memberitahu dia akan 'bersara' dari dunia perniagaan ketika berumur 26 tahun dan selepas itu, dia akan berehat bersama keluarga.

"Ketika usia saya masih muda ini, biarlah saya fokus dengan kerja saya supaya bila tua nanti saya dapat memberi lebih masa kepada keluarga," ujarnya.

Sumber: cempedakcheese.com

No comments