Kes Pukul Di Surau Austin Perdana, Polis Tahan Empat Lelaki

Johor Bahru: Polis menahan empat lelaki di hadapan Surau Austin Perdana, 1 pagi ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu kereta di surau sama selepas solat Jumaat, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, empat lelaki itu berusia 21, 36, 45 dan 55 tahun berasal dari Johor dan Sarawak.

"Semua empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Berikutan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau berdepan tindakan tegas," katanya.

Semalam kecoh seketika apabila video berdurasi lebih seminit tersebar menunjukkan seorang lelaki memandu laju berhampiran Surau Austin Perdana sebelum ditahan dan dipukul dipercayai akibat pemandu itu membunyikan hon ketika jemaah berkenaan.

No comments