Keputusan Juara Gema Gegar Vaganza 2017 Akhir

Keputusan juara pemenang Gema Gegar Vaganza 2017 konsert akhir. Konsert Gema Gegar Vaganza musim 2017 kini berada di minggu akhir pada Ahad 21 Mei 2017. Konsert GGV 2017 akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB Cheras menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135) bermula jam 9.00 malam. Enam peserta yang layak ke final GGV 2017 iaitu Hafiz Hamidun, UNIC, Mirwarna, Hijjaz, Azmi Caliph Busker dan Saujana akan berentap bagi merebut gelaran juara GGV 2017. Keputusan rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja rancangan tamat.

Keputusan Juara Gema Gegar Vaganza 2017 Akhir

Juara: UNIC (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
Naib Juara: Hijjaz (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)
Tempat Ketiga: Mirwana (Wang Tunai RM20,000 + Trofi)
Tempat Keempat: Azmi Caliph Buskers (Wang tunai RM15,000 + Trofi)
Tempat Kelima: Hafiz Hamidun (Wang tunai RM10,000 + Trofi)
Tempat Keenam: Saujana (Wang tunai RM5,000 + Trofi)

Anugerah Persembahan Pilihan Penonton: Hijjaz (Wang tunai RM5,000)

Anugerah Gema Terindah: Azmi Caliph Buskers (Wang tunai RM15,000)

Nota: Tahniah buat Kumpulan UNIC yang dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim pertama.


No comments