'Kenapa Banyak Sangat Majlis Buka Puasa?' - KJ

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan, mengapa banyak sangat ‘majlis buka puasa’ di bulan Ramadan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno, turut menekankan bahawa jadual ahli politik dipenuhi dengan aktiviti berbuka puasa. Sepatutnya bulan puasa perlu dipenuhi dengan aktiviti keagamaan.

“Bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti keagamaan dan perlu lebih menghargai bulan tersebut. Bukan hanya menghadiri acara berbuka puasa.

“Sebagai seorang ahli politik saya sedar kewajipan tersebut. Dan saya melakukannya. Tidak bermakna saya tidak terfikir tentang perkara tersebut,” ujarnya menerusi laman Twitter miliknya.

Dalam masa sama, beliau juga menegaskan agar jabatan agama sepatunya membantu orang miskin dan bukannya sibuk menangkap orang ponteng puasa.

“Sebaliknya jabatan agama membelanjakan wang untuk membayar penguatkuasaan untuk mencari orang ponteng puasa. Lebih baik gunakan ia untuk membantu asnaf dan melakukan kebaikan,” katanya lagi.

Sumber: The Malay Mail Online

No comments