(18 Gambar & Video) Pelajar USIM Maut Nahas Dalam Keadaan Sujud

Besut – Dua beradik termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pacuan roda di Jalan Tembila dekat Kampung Raja petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, penunggang motosikal Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, meninggal dunia ditempat manakala adiknya, Muhammad Husaini, 17, yang membonceng menghembuskan nafas di Hospital Besut jam 3.20 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Besut , Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian dua beradik menaiki motosikal Modenas Kris itu dalam perjalanan dari arah Tembila ke Kampung Raja.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dikatakan tiba-tiba mengalami kerosakan.

“Kerosakan tersebut menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan motosikal itu dan merempuh mangsa sebelum Hilux itu terbalik,” katanya.

Mohd Zamri berkata, kedua-dua beradik dari Kubang Ikan tidak jauh daripada tempat kejadian mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan sementara pemandu Hilux cedera di bahagian pergelangan tangan dan pinggang.

Muhammad Hafizuddin merupakan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai , Negeri Sembilan sementara adiknya pelajar SMK Tembila.





No comments