Keith Foo Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon yang dikenali menerusi drama Ariana Rose, Keith Foo dan isterinya Kim Raymond yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

Kim telah melahirkan seorang bayi perempuan dan berita gembira tersebut diumumkan oleh Keith sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto tangan bayinya yang cukup comel.


I never thought I would fall in love with another girl but today I did. #foreverlove #daddyslittlegirl #proudestdad #amazingday #thankyougod #blessed #greatful #littlekimchi #babykimchi #babyfoo #babyraymondfoo #iminlove #loverespectunity

Semoga dengan kehadiran orang baharu ini, keluarga Keith dan Kim akan dilimpahkan dengan kebahagiaan yang lebih lagi. Tahniah sekali lagi!

No comments