Joy Revfa Sebak Dengar Bacaan Ayat Al-Quran Hafiz Hamidun

Isteri kepada bintang Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun, Joy Revfa akui sebak ketika mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh suaminya.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Menurut Joy, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai suasana solat berjemaah bersama suaminya.

"Kali pertama solat jemaah dengan suami rasa sebak sangat. Sepanjang solat tak dapat tahan air mata.

"Belum pernah rasa seperti itu. Belum pernah dengar bacaan dalam solat sesempurna itu. Tak sangka Allah SWT beri kesempatan untuk saya merasa bahagia.

"Kali ini terasa benar-benar memiliki seorang 'imam' dunia dan akhirat," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen entri berkenaan menerima reaksi positif pengikut IG Joy.

No comments