Guru Dipenjara 34 Tahun Rogol Pelajar 2 Kali

Kota Bharu - Seorang guru bahasa Inggeris dihukum penjara 34 tahun dan lapan sebatan selepas didapati bersalah dua kali merogol seorang pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.

Nurhasliman Ghazali, 36, didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah Kampung Pangkal Changgong, Machang.

Kejadian pertama berlaku pada jam 7.30 malam, 23 April 2015, manakala kejadian kedua terjadi pada jam 1 pagi, 25 April tahun sama, di lokasi sama.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan itu dan mengarahkannya berkuat kuasa secara berturutan.

No comments