Faye Kusairi, Suami Rancang Kehamilan Hingga Tahun Depan

Ada sesetengah selebriti tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata sejurus berkahwin tetapi bagi Faye Kusairi, beliau terpaksa menangguhkan dulu perancangan untuk mendapatkan zuriat kerana ingin suami, Azmi Hatta memberi perhatian kepada anaknya yang akan menjalani peperiksaan.

“Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan. Ini kerana salah seorang anak abang (suami), Aqif akan menghadapi peperiksaan tahun ini. Saya mahu dia memberi tumpuan kepada Aqif dahulu”

Manakala apabila ditanya mengenai kehidupan berumah tangga, Faye berkata, kerana hobinya yang suka memasak tidak sukar untuknya menyesuaikan diri apabila mempunyai suami. Malah menurutnya, Azmi juga seorang suami yang tidak cerewet dalam soal makanan.

“Sejak bujang saya memang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan. Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je,” katanya kepada m Star Online.

Apapun walaupun terpaksa merancang soal kehamilan, Faye tidak menolak andai rezeki zuriat hadir dalam masa yang terdekat ini. Terdahulu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada awal April lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga.

No comments