Elizabeth Tan Putus Cinta Dengan Ahli Perniagaan

Penyanyi Elizabeth Tan, 23, tidak menafikan wujudnya orang ketiga yang menjadi punca percintaannya bersama ahli perniagaan putus pada bulan lalu.

Gadis yang mesra dengan nama panggilan Lizzy ini menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran yang terbaik untuk menempuh kehidupan mendatang.

"Saya tak menafikan wujudnya orang ketiga yang menjadi punca perpisahan kami. Sewaktu kami masih bersama, saya sanggup membelakangkan keluarga ketika bercinta dengan si dia.

"Saya tak nafikan juga dia bersikap curang bersama kekasih lamanya. Saya bersyukur kerana saya mendapat kesedaran mengenai perkara tersebut dan hubungan saya bersama keluarga dapat kembali dipulihkan," katanya kepada Astro Gempak.

Minggu lalu, timbul isu yang mendakwa hubungan Lizzy bersama seorang ahli perniagaan putus kerana seorang aktres.

Enggan menoleh ke belakang, Lizzy selesa dengan status solo dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.

"Sekarang saya mahu memberikan fokus kepada kerjaya saya. Kini, saya mahu menangguhkan seketika aktiviti nyanyian dan memberi fokus kepada bidang lakonan.

"Saya sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel bersama Aaron Aziz. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan di Astro Ria," katanya ketika ditemui di majlis An Evening With Warner Music di The Bee, Publika sebentar tadi.

No comments