DRB-HICOM Jual 49.9% Saham Proton kepada Syarikat China

Kuala Lumpur - Separuh saham syarikat Proton akan dijual kepada pembuat kereta Zhejiang Geely dari China, menurut kenyataan syarikat pemiliknya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka akan mengumumkan penjualan 49.9 peratus saham konglomerat DRB-Hicom, pemilik Proton.

Menurut Reuters, yang melihat kenyataan tersebut, ia tidak menyatakan nilai jualan tersebut dalam rangka memulihkan syarikat kenderaan nasional itu.

Geely itu syarikat induk Geely Automobile Holdings di Hong Kong dan kumpulan Volvo dari Sweden. Proton pula memiliki Lotus, syarikat automotif Britain.

Syarikat-syarikat lain yang menyatakan minat membeli Proton termasuk pembuat Peugeot, Suzuki Motor Corp dari Jepun dan Renault SA dari Perancis.

Kerajaan memang merancang mencari rakan kongsi strategik negara asing untuk membantu Proton berkembang lebih cekap dan setanding jenama besar.

No comments