'Dia Sepupu Saya, Memang Selalu Komen I Love You'

Gambar mesra di antara pelakon Raja Afiq dan juga seorang wanita baru baru ini mengundang tanda tanya malah dalam masa yang sama, Raja Afiq juga dilihat meninggalkan komen romantis di akaun laman sosial wanita berkenaan.

BACA: Niena Baharun Mengaku Tidur Bersama Raja Afiq?

Bagaimanapun, pendedahan Raja Afiq kepada mStar Online menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan. Apa yang pasti, kenyataan tersebut keluar daripada mulut empunya badan sendiri.

“Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik. Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja”


“Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat. Tak bercinta pun, kalau boleh berkahwin sekali pun bukan dengan sepupu sendiri kerana saya mahu wanita yang tiada kaitan keluarga,” jelasnya.

Menjelaskan dirinya buat ketika ini masih lagi single, Afiq juga mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Anis Al Idrus dan berharap agar pelakon wanita berkenaan bahagia hingga ke jannah.

No comments