Curah Air Gelegak, Lima Lelaki Dipenjara Lima Hari

Shah Alam - Lima lelaki dipenjara dan didenda kerana membelasah dan mencurah air panas menggelegak ke atas seorang lelaki.

Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM6,000 setiap seorang selepas mereka mengaku salah, lapor Kosmo!

Mereka dituduh menyerang Mohamad Norarif Ab Latiff, 25 dan memiliki satu termos mengandungi air panas.

Tiga lagi tertuduh tidak mengaku bersalah dan diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Kes disebut semula 6 Jun depan.

Pada 20 Mei lalu, Mohamad Norarif diserang sekumpulan lelaki di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir, dekat sini.

Mengikut Harian Metro, kejadian itu berikutan mangsa didakwa menjalin hubungan dengan isteri bekas penyanyi kumpulan rock yang dalam proses bercerai.

No comments