Cara Buat Roti Golok Yang Viral

Resipi Roti Golok yang tengah hangat duk viral sekarang. Buat minum petang, memang sedap ni. Nak buat takde la susah mana. Bahan-bahan pun mudah dicari kat pasaraya berdekatan anda. Kalau nak tahu cara buat Roti Golok yang mudah, korang boleh tengok step dia kat bawah ni. Selamat mencuba.

Bahan A:

1 cawan air suam
1 sdu besar susu pekat
4sudu besar gula
3-sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)


Bahan B:

4 cawan tepung roti atau tepung high protien
1 sudu kecil bun softoner
2sudu besar mentega
1 biji telur
1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata .)


Cara membuat


  1. Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat di tgn. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
  2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang n pintal2(ikut citarasa masing2)
  3. Susun dlm loyang.. jarak2 kan
  4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2 api atas bwh smp masak
  5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter @marjerin...last tabur gula kastor@gula halus

Sumber: Zaimah Zakaria

No comments