'Saya Mahu Bakal Suami Yang Tahu Guna Seterika' - Elfira Loy

Pelakon dan pengacara genit, Elfira Loy mengakui mahu mencari bakal suami yang tahu menggunakan seterika untuk membantunya menggosok pakaian.

Menurut Elfira, dia mempunyai masalah untuk menggunakan seterika kerana setiap kali menggosok pakaian, ia tetap berkedut dan berlubang.

"Saya mahu berpesan kepada bakal suami supaya dapat membantu saya menggosok pakaian kerana saya mempunyai masalah menggunakannya.

"Itu merupakan salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi pasangan saya pada masa depan," katanya.

No comments