7 Guru Paling Hot & Popular Di Malaysia

Kerjaya sebagai seorang guru bukan sesuatu yang mudah. Bukan saja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta tahap kesabaran yang tinggi, guru juga perlu ada daya penarik.

Jika seseorang guru itu memiliki rupa paras kacak dan cantik, ia merupakan satu bonus kerana dapat menarik minat pelajar.

Sempena Sambutan Hari Guru, kami senaraikan 7 guru paling hot dan popular di Malaysia.

1. VN Kery


Wan Mohd. Khairi Wan Hassan, 30, merupakan tenaga pengajar murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang sejak tujuh tahun lalu.

Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 76,000.

Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.

2. Mr Az


Mohamad Aziram Zakaria, 25, antara cikgu popular yang mempunyai pengikut di Instagram seramai 105,000.

Berasal dari Kelantan, guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong ini dikatakan seiras pelakon Izzue Islam.

3. Cikgu Aishah


Puteri Aishah Sulaiman, 23, pernah viral di laman sosial selepas menerima sepucuk surat cinta daripada seorang bapa pelajar.

Cikgu Aishah pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris sementara di sebuah sekolah di Kuala Lumpur sekitar dua tahun lalu.

Finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini mempunyai Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

4. Cikgu Dayang


Foto cikgu cantik ini menjadi viral di media sosial tahun lalu. Dayang Nurhayati, 23, merupakan lulusan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Memiliki rupa paras yang cantik merupakan satu bonus untuk dirinya. Kini dia memiliki produk kecantikan sendiri iaitu DAYG.

5) Kamal Effendi


Kisah menyentuh hati seorang guru bahasa Inggeris, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 27, yang kehilangan isterinya yang menghidap kanser buah pinggang tahap empat,

Lebih menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada tanggal tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

6. Cikgu Mavellna


Seorang lagi cikgu yang pernah viral di media sosial ialah Cikgu Mavellna yang berasal dari Sabah.

Cikgu Mavellna ni bukan saja seorang cikgu, tapi juga seorang model sambilan. Tapi, cikgu cantik ni dah kahwin. Melepas la lelaki semua.

7. Cikgu Debra V


Memang cantik sangat cikgu ni. Tahun lalu, nama Debra menjadi bualan ramai kerana kecantikannya dan kebijaksaannya.

Gadis cantik ini berasal dari Keningau Sabah dan baru berusia 23 tahun.

No comments