(5 Gambar) Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

Temerloh - Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui dibuang dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, di sini awal pagi tadi.

Bayi malang berkenaan ditemui penduduk taman itu yang ketika itu baru pulang dari surau untuk solat Subuh.

Seorang pengguna Facebook, Abd. Malek Johan, telah memuat naik foto bayi itu ke laman sosial miliknya.

"ORG SIBUK KE MASJID DIA SIBUK BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH," tulis Abd. Malek.

"Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam tong sampah di depan rumah di sebuah taman di Temerloh Jaya ,awal subuh pagi tadi.

"Manusia tak berperikemanusiaan ini memang tak waras otak agaknya buang anak dalam tong sampah, kesian bayi yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan…" tulis beliau lagi.

Difahamkan bayi itu telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi.

No comments