(12 Gambar) Majlis Aqiqah Anak Syamsul Yusof, Puteri Sarah

Selamat menyambut kelahiran anak sulung awal bulan lalu, semalam pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak mereka. Majlis yang bertempat di kediaman mereka itu berlangsung secara sederhana dengan tema busana berwarna putih.

Kemeriahan majlis itu turut dikongsi di laman sosial pelakon itu, juga menunjukkan kehadiran pengarah terkenal yang juga bapa kepada Yusof, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Rata-rata ramai yang memuji kecomelan Syaikhul Islam dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Terdahulu, pasangan itu selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, kira-kira jam 6.30 pagi pada 19 April bulan lalu. Berita gembira itu turut dikongsikan Yusof di akaun Instagram untuk tatapan peminat mereka yang lama menanti.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar kemeriahan majlis aqiqah dan majlis kesyukuran anak lelaki Yusof dan Puteri Sarah semalam.

No comments