'Zul Ariffin Sweet Sangat, Saya Jadi Malu' - Fathia

Sekarang ini di TV3 sedang menayangkan drama Menanti Februari yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Zul Ariffin sebagai watak utama dalam drama tersebut.

Tidak dinafikan lakonan kedua-dua gandingan hebat ini sangat memuaskan sehingga ia kelihatan seolah-olah seperti pasangan suami isteri yang sebenar.

Menurut Fathia, ini merupakan gandingan pertamanya dengan Zul Ariffin dan dia berkata ini adalah pengalaman yang berbeza dan mencabar buat dirinya pada peringkat awal.

Difahamkan Fathia bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suaminya.

Fathia juga berkata bahawa dia agak gementar dan malu-malu dengan Zul kerana sifat Zul yang terlalu romantik ketika membawa wataknya sampai Fathia rasa gementar dan jadi agak malu-malu.

Keserasian mereka berdua membuatkan drama Menanti Februari ini mendapat tempat di hati penonton dan keserasian itu jugalah yang menghidupkan drama itu.

No comments