(Video) Lelaki Rakam Aksi Bunuh Diri, Anak Di FB Live

Bangkok - Seorang lelaki bertindak merakam perbuatannya membunuh anak serta diri sendiri melalui FB Live, lapor AFP

Polis di pulau peranginan selatan itu berkata, pihak polis dimaklumkan berhubung video berkenaan oleh rakan-rakan lelaki itu dan bergegas ke hotel terbiar berhampiran lapangan terbang antarabangsa pada petang Isnin.

"Mereka telah mati ketika saya tiba di sana," kata Leftenan Jullaus Suvannin, individu pertama yang tiba di tempat kejadian memberitahu AFP.

Menurut Jullaus, telefon pintar lelaki berkenaan turut ditemui disandar pada dinding.

Polis berkata, mereka percaya lelaki berkenaan telah bertengkar dengan ibu kanak-kanak yang berusia 11 bulan itu sebelum bertindak menggantung diri sendiri serta anak perempuannya.

Saluran 3 menyiarkan rakaman ibu bayi berkenaan dilihat bersama ahli keluarga menuntut kedua-dua mayat di hospital tempatan pada Selasa.

Facebook tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung insiden berkenaan.

Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini berikrar untuk memastikan rangkaian sosial terkemuka dunia itu tidak digunakan untuk menyebarkan perbuatan mengerikan seperti pembunuhan dan bunuh diri.

Sementara itu, Gabenor Phuket menggesa rakyat Thailand supaya tidak berkongsi rakaman pembunuhan berdurasi empat minit tersebut yang masih boleh didapati di rangkaian sosial pada Selasa.




No comments