(Video) Gelagat Melania Menyiku Trump Jadi Bahan Lawak Netizen

Rakaman yang menunjukkan Melania menyiku suaminya yang juga Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika sebuah acara Isnin lepas tular di laman sosial.

Menurut US News, gelagat berkenaan dirakam jurugambar ketika acara Easter Egg Roll semasa lagu kebangsaan AS dinyanyikan.

Kebiasaannya, setiap lapisan rakyat AS akan meletakkan tangan kanan mereka ke dada ketika lagu dinyanyikan..

Trump bagaimanapun dilihat bersahaja di samping isteri dan anaknya yang meletakkan tangan mereka ke bahagian dada masing-masing.

Melania yang menyedari keadaan tersebut kemudian menyiku suaminya yang segera meletakkan tangan kanannya ke tempat yang sepatutnya.



Warga laman sosial mengambil kesempatan menjadikan gelagat suami isteri berkenaan sebagai bahan lawak.

"Seorang immigrant dan anaknya yang berusia 11 tahun tahu untuk hormat lagu kebangsaan. Sementara itu, Trump (yang merupakan rakyat AS) lupa untuk hormat," kata Kaivan di Twitter.

Terdapat juga sesetengah pihak yang tidak menyalahkan Trump dalam hal tersebut.

"(Bekas Presiden AS) Barack Obama juga pernah tidak letakkan tangan di dadanya ketika lagu kebangsaan dinyanyikan. Itu bukannya tanda tidak hormat," kata Jocko di laman sama.

Video rakaman tersebut telah dikongsi dan ditonton hampir 200,000 pelayar di laman Facebook.

No comments