(7 Gambar) Pemandu Uber Paling Cantik & Seksi Ini Jadi Perhatian

Baru-baru ini, seorang pemandu Uber menjadi perhatian netizen selepas foto gadis tersebut viral di media sosial.

Joyce Tadeo berasal dari Manila, digelar pemandu Uber paling cantik dan seksi.

Jangan pandang rendah dengan gadis cantik ini. Joyce merupakan lulusan Psikoligi dan pernah bekerja sebagai wakil perubatan di sebuah syarikat farmasi sebelum menjadi pemandu Uber.


Joyce mula berminat untuk menjadi pemandu Uber selepas melihat teman lelakinya yang juga merupakan pemandu Uber.

Pada awalnya Joyce agak ragu-ragu namun, dia merasakan pekerjaan tersebut sangat menarik dan mencabar dirinya sebagai seorang wanita.

“Saya suka mengambil risiko. Saya selalu lakukan sesuatu yang luar biasa dan perkara yang mampu beri motivasi,” kata Joyce.

Joye juga mengaku, dia sering mendapat pujian dari penumpangnya yang mengatakan dia tidak patut menjadi seorang pemandu Uber kerana rupa parasanya yang menawan.

Tambahnya lagi, ramai yang terkejut melihat wanita secantiknya yang bekerja sebagai pemandu.

No comments