Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017

Contoh panduan jawapan tugasan Sejarah PT3 2017 Tingkatan 3. Tajuk tugasan pelbagai intrumens bagi Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 adalah Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda. Calon Tingkatan 3 PT3 2017 adalah diwajibkan melaksanakan Tugasan Sejarah PT3 2017 bermula pada 2 sehingga 26 Mei 2017. Berikut adalah panduan lengkap dan tips menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2017.

Soalan Tugasan Sejarah PT3 2017



Skema Pemarkahan Tugasan Sejarah PT3 2017

1. Perancangan Awal (8 Markah) - Menyediakan perancangan yang tepat, lengkap dan realistik serta mempamerkan kesungguhan.
  • Jadual kerja
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian
  • Tajuk

2. Proses Awal (10 Markah) - Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan

3. Kerangka Awal Penulisan (10 Markah) - Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh.

4. Pengenalan (5 Markah) - Menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda.

5. Faktor (20 Markah) - Menerangkan dan menghuraikan faktor berlakunya sejarah ditempat anda.

6. Kronologi (20 Markah) - Menerangkan dan menghuraikan kronologi sejarah ditempat anda.

7. Kesan Peristiwa Bersejarah (15 Markah) - Menilai kesan/ impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.

8. Rumusan (5 Markah) - Rumusan yang merangkumi semua aspek dan sangat releven dengan tugasan. Rumusan mestilah mengandungi nilai murni dan nilai patriotisme.

9. Rujukan (5 Markah) - Sumber rujukan yang releven

10. Penilaian Umum (2 Markah) - Kemas tersusun dan penggunaan bahasa yang baik dan memuaskan.

Isi Kandungan Tugasan Sejarah PT3 2017


Kerangka Awal Kasar Penulisan Sejarah PT3 2017

Kerangka awal/kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. Kiranya kerangka kasar ni meliputi isi penting sahaja (point form)


Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017


Senarai Peristiwa Bersejarah Di Malaysia

  1. Perisitiwa, bencana alam atau tragedi seperti tanah runtuh, banjir besar, kemarau dan kemalangan maut yang meragut banyak nyawa.  Contoh: Banjir besar di Kota Tinggi., Pembunuhan JWW Birch, Perang Larut, Perang di Sungai Manik
  2. Peristiwa yang berlaku di sekolah seperti Hari Sukan, Walkahton, Minggu Kokurikulum, Hari Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Koperasi Sekolah
  3. Penganjuran acara besar-besaran seperti Penganjuran Islamic Bike Fest, Lumba basikal Le Tour De Langkawi, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Festival Layang-Layang.
  4. Acara, kegiatan, aktiviti, sambutan yang diadakan di kawasan kajian seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis perasmian dan kejohanan sukan. Contoh: Pembinaan Menara Jam Kulim. Kesan Pembukaan Tol

No comments