Thaqif Dirotan Kerana Membuat Bising Di Surau

Batu Pahat - Rakaman CCTV sekolah tahfiz di Kota Tinggi mengesahkan kejadian warden memukul tapak kaki Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dan rakannya menggunakan paip getah namun secara ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisoner Rahmat Othman, berkata tindakan itu dilakukan kerana semua murid itu dikatakan bising di surau sekolah.

"Polis mendapati warden memukul mangsa dan kira-kira 15 rakannya di bahagian kaki, tiga minggu lalu.

“Mangsa kemudian memaklumkan bahawa dia sakit dan bengkak di kaki, pada 17 April lalu. Lanjutan itu, ibu mangsa meletakkan ais di kaki mangsa atas nasihat doktor.

“Selepas itu, kaki mangsa bertukar menjadi biru. Sehingga ini, doktor masih belum memberi pengesahan berhubung punca dan sebab penyakit dialami mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rahmat Othman berkata, mangsa ada mengadu sakit badan dan ibunya kemudian memberikan ubat tahan sakit miliknya yang baru lepas bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mama Abang Nak Pindah, Abang Takut Kena Rotan

No comments