Tanggal Baju Pakai Coli, Syarat Baru Temuduga Pramugari Malindo Air

Syarikat penerbangan hibrid pertama negara, Malindo Air hari ini dikecam teruk setelah terpalit dalam kontroversi selepas dilaporkan telah meminta calon temuduga untuk menanggalkan baju semasa sesi temuduga pada 11 Mac yang lalu.

Malindo Air wajibkan calon pramugari yang datang temuduga untuk tanggal baju dan hanya berpakaian baju dalam, sebagai memenuhi syarat periksa tubuh badan syarikat penerbangan itu.

Peraturan ini diperkenalkan kerana pakaian seragam rasmi mereka yang diperbuat daripada bahan yang jarang. Selain itu, belahan pada bahagian kain juga terlampau tinggi menjadi salah satu faktor untuk syarikat terbabit untuk memeriksa calon sekiranya mereka mempunyai parut, jerawat atau tatu yang boleh dilihat melalui pakaian seragam.


Bagaimanapun, calon berkenaan hanya diminta untuk menanggalkan baju dan bukannya coli, seperti yang didakwa oleh para pengadu yang menghadiri sesi temuduga berkenaan.

Malindo Air wajibkan calon pramugari yang menghadiri temuduga untuk menanggalkan baju dan menegaskan bahawa pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita dan ia adalah sebahagian daripada proses temu duga.

No comments