Syamsul Yusof, Puteri Sarah Timang Bayi Lelaki

Selepas tiga tahun melayari perkahwinan, pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah selamat menimang cahaya mata lelaki mereka hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Syamsul di laman Instagram miliknya beberapa jam yang lalu.

"Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara.

"Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul," tulis Syamsul.

Laman instagram pelakon dan juga pengarah filem terkenal itu dibanjiri ucapan tahniah dari peminat.

Pasangan itu diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada Mac 2014.



No comments