'Saya Masih Lagi Kekasih Zul Ariffin' - Zahirah Macwilson

Pelakon Zahirah MacWilson menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktor Zul Ariffin sudah berakhir.


Jelasnya, sehingga hari ini mereka masih lagi pasangan kekasih walaupun ada pihak yang menyebarkan khabar angin mengenai perpisahan mereka.


“Hubungan kami masih sama cuma (kami) selesa tidak terlalu berkongsi perihal ini dengan umum.


“Yang orang nampak tidak semestinya itu yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi Drama Sangat Bus Tour di Sri Pentas, Bandar Utama.


Hampir dua tahun menjalinkan hubungan dengan aktor tersebut, Zahirah mengakui, dia dan Zul tidak berniat untuk menyorokkan hubungan mereka.


“Sampai masanya semua akan tahu.


“Ini bukan prinsip Zul seorang tetapi saya juga, “ katanya.


Hubungan Zahirah dan Zul sudah berakhir mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. 


Zul yang ketika ini sedang sibuk mempromosikan filem J Revolusi bagaimanapun enggan mendedahkan apa-apa mengenai perkara tersebut.

No comments